Kaedah Menggunakan Pengadang (Sutrah) ketika Mengerjakan Solat

#Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata : "Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud) : ' Jika solat salah seorang di antara kamu , hendaklah solat menghadap pengadang dan hendaklah mendekat padanya dan jangan biarkan seorang pun melalui antara dia dengan pengadang itu .Jika ada seseorang melalui (di depannya) maka perangilah kerana dia adalah syaitan.' "
[Riwayat Abu Daud dalam  al-Sunan no. 297 , Ibn Majah dalam al-Sunan no. 954]

#Dalam riwayat lain ada menyebut ; "(kerana) sesungguhnya syaitan melalui antara dia dengan pengadang."


Cara penggunaan pengadang ketika solat ialah : 

1. Meletakkan sesuatu seperti tongkat,batu,lembing dan yang seumpamanya .
2. Meletakkannya di hadapan kita dengan jarak tiga hasta .
**Boleh juga menjadikan sejadah , tiang atau pokok sebagai pengadang .

Contoh yang disebutkan itu adalah simbol pengadang sebagai tanda agar orang tidak melintas di hadapan orang yang sedang mengerjakan solat .


Larangan melintas dihadapan orang yang sedang solat : 

Berdasarkan amaran keras Baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Sekiranya orang yang solat itu mngetahui apa yang akan menimpanya , nescaya untuk berhenti selama 40 tahun (tunggu tidak melintas), adalah lebih baik baginya daripada lalu di hadapannya ." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) .


Sumber : Majalah Solusi (isu no.15) 
Oleh     : Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani

No comments:

Post a Comment