Renungan Bersama..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera,


RENUNG2KANDAN SELAMAT BERAMAL…………





SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat
tinggal
)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan
muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang
bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam
yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”


Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada Rafie ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat Rafie yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud
“Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud“Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom”
kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai
singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang
lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..



Sekian, semoga ada manfaatnya


Surat ku untuk mu semua "Wahai KAUM HAWA"



Assalamu'alaikum wahai HAWA..

Semoga sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH S.W.T selalu. Tujuan utama surat ini ditulis adalah untuk memberi sedikit nasihat dan peringatan kepada saudari HAWA. Ini bukan bermakna ana tidak pernah membuat kesalahan dan kesilapan.Sudah menjadi fitrah manusia untuk membuat kesalahan, dan turut menjadi fitrah manusia untuk insaf dan bertaubat di atas semua kesalahan yang telah dilakukan. Sebagai manusia yang dhaif, ana terfikir untuk memberi sedikit peringatan kepada saudari, supaya saudari tidak pergi lebih ‘jauh’ dari batas-batas syarak...

Terlebih dahulu ana ingin memohon maaf andai kandungan surat ini akan menyentuh perasaan saudari. Ana hanya ingin menunaikan tanggungjawab ana sebagai seorang muslim dan tidak mahu turut menanggung dosa-dosa yang saudari lakukan dengan membutakan mata dan hati di atas segala perbuatan saudari.Mungkin sahabat-sahabat HAWA tidak pernah meneguri HAWA dan kiranya menjadi tanggungjawab ana untuk menegur sesuatu yang tidak betul pada pandangan masyarakat sekeliling kita. Pertama HAWA, tolonglah menjaga peribadi sebagai seorang muslimah, tidak kira dari segi pemakaian atau dari segi tingkah laku dan adab. Dari segi pemakaian,tolonglah HAWA pakailah pakaian yang longgar dan labuh. Labuhkan tudung hingga ke dada. Tutuplah segala anugerah yang Tuhan berikan kepada kaum Hawa. Sesungguhnya perhiasan-perhiasan pada tubuh saudari itu hanya untuk lelaki yang sah,iaitu suami saudari kelak. Tidak perlu dipertontonkan untuk semua,wahai HAWA.
Sebagaimana dalam Hadith Rasullullah S.A.W. “sesungguhnya perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikkannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya akan memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kelak.”(Sodaqoh Rasulullah Shollahu 'alaihi wassalam)

Kedua HAWA, berkaitan dengan pergaulan atau pun ikhtilat. HAWA… tiada sesiapa pun yang menghalang hubungan HAWA dengan dengan mana-mana lelaki atau sesiapa sahaja. Kerana kami tahu itu adalah fitrah manusia, mahu disayangi dan menyayangi. Tapi HAWA, setiap perkara harus ada batasnya. Perhubungan antara laki-laki dengan perempuan juga harus ada batasnya. Sebagai muslimah yang sejati HAWA harus tahu menjaga batas-batas perhubungan.^___^ Maksud ana, kita tidak perlu selalu berjumpa atau keluar berdua-dua untuk membuktikan kita berkasih sayang.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." ( HR.Ahmad)
Drpd Al-Quran :-
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al Isra:32).

Ana berharap bahawa ana adalah orang yang pertama dan terakhir menegur HAWA dengan cara sebegini. Bukan niat untuk membuka pekung di dada HAWA tetapi tujuan ana adalah demi kebaikan muslimah sejati yang ana kasihi. Ana berharap agar HAWA tidak mengambil hati dengan apa yang telah dibangkitkan dalam warkah ini. Ana tidak mengharapkan nama untuk membuktikan ana adalah seorang yang baik,tetapi yang ana mahukan adalah hijrah perubahan diri,terutama kaum Hawa.Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk dan kelemahan itu datang dari ana sendiri…
Akhir kalam, ana sentiasa mendoakan kesejahteraan HAWA serta diri kita semua…dan moga terpelihara..Amin ya rab….

Wassalam 'alaik warahmatuAllah….
Aku menyukaimu krn agama yg ada pada dirimu
jikalau engkau hilangkannya maka hilanglah rasa sukaku padamu
-imam nawawi-


artikel by : Muslimeen United Organization

solat dan sembahyang mana satu yg betul?




Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin ya rabbb...

artikel by : Muslimeen United Organization

Surat Untukmu Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..




Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku,
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku,
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku,
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku,
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.

Sekian dariku.

Sahabatmu,
Al-Mukhlisah.


artikel by : iluvislam.com




Wahai....yg aku cintai lg rindui, bantulah aku ..

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum,

Wahai sahibah-sahibah seperjuanganku,

Kini ku berada di dalam satu perasaan,

Yang mana begitu perit bagi diriku,

Ia juga amat sukar tuk ku gambarkan…

Ia adalah satu perasaan..

Perasaan cinta,

Aku juga mengetahui,

Perasaan Cinta adalah Buta..

Ia buta…

kerna itulah menyebabkan aku mencari-carinya,

Aku ingin melihatnya…

Aku ingin bersamanya semula…

kini, ku terlalu merinduinya…

Aku tidak tahan utk menahan rasa kerinduan ku padanya,

Kerna aku terlalu sayang pdnya…..

Aku juga tahu,

pabila seseorg yg mencintai sesuatu,

pasti ia menjadi perkara yang amat dirinduinya,

Ya Allah, aku terlalu mencintainya….

Aku terlalu merinduinya Ya Allah….

Ya Allah, pertemukanlah ku dengannya semula…

Ya Allah,

Aku tahu…dulu,

aku menghargainya hanya buat sementara sahaja..

ku amat kesal dengan perbuatan ku yg hina ini, Ya Allah..

Ampunilah daku,,,, ampunilah daku, Ya Allah…

Ya Allah…

Pertemukanlah aku dengannya semula Ya Allah..

Serta Engkau jadikanlah pertemuan kami kali ini…

Buat selama-lamanya….

Janganlah Engkau tarik semula ni’mat itu drpku…

Amieen……

Apakah ia?? / Siapakah dia??

Ya Allah..

Apakah si dia itu masih mencintai daku?

Hmm…

Pabila ku lihat diriku yang kerdil ini,

Ku dapat merasakan..

bahawa si dia tidak dapat menerima diriku lg..

wahai kekasih ku…

maafkanlah aku,,, ampunilah aku…

terimalah aku semula…

aku kesal…

kerna selama ini…

aku telah menghargaimu hanya buat sementara waktu saja…

ku harap, Aku dapat memiliki dirimu semula..

buat selama-lamanya……..

Amieen..

Terimalah aku..

Duhai ke’izzahan & hulwatul iman bi jiddin wa bi ISTIQAMAH~…

(kebanggaan & kemanisan iman dgn banyak & dgn berterusan)


from : sayyidahthohirah a.k.a my fren ^_^