24 april 2012 a.k.a 24 april 2009


♥♥♥ salam manis buat yg baca ♥♥♥
jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih.ada awal tiada penghujung .di bentuk untuk mengingatiNya .di ratib semata-mata kerana redhaNya .menitis air mata tika merasai kemanisanNya .semoga jalinan pertemuan ini kekal dirahmatai ALLAH


.::sejauh mana hubungan ini akan berkekalan , hanya Allah yang maha mengetahui::.

wallahuaklam ~

.:: mahalnya seorang wanita solehah ::.


Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya