Cinta Berpaksikan Wahyu



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah,syukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapat lagi ana update blog yang telah lama tidak dibuka dan boleh dikatakan dah berhabuk blog ana ni .hik3 ;p

Pertamanya ,ana ingin berkongsi sedikit cerita mengenai cinta .cinta terbahagi kepada dua iaitu cinta luarbiasa dan cinta luar tabiat .

Contoh cinta luar biasa ialah , kita sebagai hamba Allah/khalifah Allah di dunia ini wajib meletakkan cinta pertama kita hanya kepada Allah SWT .dengan meletakkan cinta Allah yang paling utama dan agung dalam hidup kita ,insyaAllah selamat sejahteralah hidup kita seorang muslim didunia dan akhirat .

Contoh cinta luar tabiat pula , ada kisahnya yang tersendiri .sebagai contoh , di kelantan seorang pelajar lelaki ma'had tahfiz dan pasangannya seorang pelajar perempuan sek men keb telah menyewa sebuah chalet .dalam beberapa jam kemudian ,pelajar lelaki itu keluar dari bilik chalet dalam keadaan tercungap-cungap ketakutan dan meminta tolong .beberapa pengawal chalet telah masuk kedalam bilik itu dan melihat pelajar perempuan itu tadi terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah yang banyak .rupa-rupanya mereka berdua tadi sedang melakukan eksperimen menggugurkan kandungan .akhirnya pelajar perempuan itu tadi meninggal dunia bersama janin nya .nauzubillah !
Kisah ini ana dapat dari seorang editor majalah ,beliau telah menceritakan kepada kami semua di sek semalam .

Ok ,cerita sebenarnya .sek ana telah menjemput 3 orang ahli panel forum ,antaranya ialah Kak Fatimah Syarha penulis novel islamik yang terkenal ,dan dua orang lagi adalah editor majalah dan salah seorangnya pensyarah di sebuah kolej di kelantan .

Tajuk forum yang diadakan adalah cinta berpaksikan wahyu .Subhanallah ,ana akui ana paling semangat sekali antara kawan2 ana di kelas kerana ingin tahu apakah maksud disebalik tajuk yang membuatkan hati ana berdebar ni ??

Setelah mendengar kesemua pendapat dan jawapan dari ketiga-tiga ahli panel kita pada pagi itu ,ana terasa sebak sangat .dalam hati ana ni menjerit dan menangis mengingati kesilapan yang telah ana lakukan .Ana ingin keluar dari lembah KEMAKSIATAN ni .! tapi ana tak kuat .Alhamdulillah ,Allah telah mengurniakan ana seorang sahabat yang dapat memahami hati dan perasaan ana yang sedang berbolak-balik ni .sahabat ana berkata kepada ana 'ina ,if awak buat sesuatu keputusan jangan buat dengan melulu .sabda Rasulullah tak silap ana ,:jangan lah kamu membuat sesuatu perkara dengan tergesa-gesa kerana jika kamu berbuat demikian ,apa yang kamu hajatkan itu tidak akan tercapai: .ana sarankan ,awak buat solat sunat istikahar dan minta petunjuk dari Alllah :) '

Jadi ,ana mengambil keputusan untuk melakukan solat sunat istikharah .terima kasih sahabat ku ..

Kesimpulannya kat sini ,untuk sahabat2 ana di luar sana dan untuk diri ana sendiri .jika kalian semua inginkan kehidupan yang kekal bahagia du dunia dan akhirat ,jangan sesekali memulakan hubungan yang sama sekali tidak syarak di sisi Allah SWT .percayalah sahabat2 ku ,hubungan yang tidak syarak tidak akan kekal samada di dunia mahupun di akhirat .Wallahu a'lam ..
Untuk peringatan kepada sahabat2 ana dan diri ana yang serba kekurangan ini ::

..sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang..

Sekian sahaja dari ana .mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa ,mengguris hati dan perasaan kalian .segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah itu dari diri ini yang tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan .Ma'assalamah ^_^