.::Tips bangun malam a.k.a Qiamullail::.







Inilah beberapa Tips bangung Malam agar bisa menjalankan solat Malam:

1. Jangan merasa bangun malam/dinihari itu sulit, perasaan "sulit" akan menjadi sugesti negatif yang makin memberatkan diri.
2. Jaga keikhlasan serta perbanyak dzikir dan itighfar.
3. Mengingat manfaat ibadah.
4. Sebelum tidur, lakukan adab-adab yang dituntukan syari'at.
5. Kenali lama tidur ideal masing-masing kita.
6. Jangan melupakan tidur siang selagi ada kesempatan.
7. Letakkan alarm pada tempat yang terjangkau tapi masih terdengar keras.
8. Bertahap dalam mendidik diri.
9. Lakukan "reward and punishment" untuk mendisiplinkan diri.
10. Tidak bergadang.
11. Minta teman atau sahabat untuk membangunkan.

Prinsip ABC:
A mbil yang Baik.
B uanga yang buruk.
C iptakan yang baru.

Semoga bermanfaat.

Jazakumullah khoiron.

♥ salam Ukhuwah fillah dan semangkA ♥

♥ selamat menjalankan ♥

.::Muslimah Hari Esok::.


*¨*•.¸¸*¨*•.¸¸*¨*•.¸¸*¨*• *¨*•.¸¸*¨*•.¸¸*¨*•.¸¸
MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

... MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........

(¯`v´¯)
Aamiin Ya Rabbal'alamiin
`·.¸.·``(´'`v´'`)
(¯`v´¯)(¯`v´¯)(¯`v´¯)
`•.¸.•`..`•.¸.•`_SUBHANALLAH__•`•.¸.•`

Believe this or not. Read this!


Why do we sleep in Mosque.?
But stay awake through a 3 hour movie.?
Why are we so bored when we look at the Al-Quran...
... But find it easy to read other books.?
Why is it so easy to ignore a message about Allah,
Yet we forward the nasty ones.?
Why are Surau's getting smaller,
But bars and clubs are expanding.?
Why is it so easy to worship a celebrity,
But very difficult to engage with Allah.?
Think about it, are you going to re-post this.?

Are you going to ignore it, cause you think you will get laughed at.?
80% of you won't Re-post this.

Wahai kaum perempuan , mainkan peranan anda untuk menegur lelaki untuk pergi solat jumaat !



1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.


2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, “Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la”.

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.

Wahai Kaum Adam,sudah2lah tu,pegila solat jumaat.

Kesalahan Dalam Berpakaian & Cara Menutup Aurat Yang Betul


Elakkan dari memakai sanggul tinggi sebegini. Tiada sebarang faedah malah mendekati syubhah.

Wanita, tolong jangan jadikan dirimu sebagai fitnah dan umpan syaitan. Tulisan oleh Ena:- Pandangan Seorang Lelaki Yang TIADA / KURANG IMAN Kepada Bentuk Tubuh Wanita. Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa? Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu WAJIB UNTUK TIDAK MENCURI2 MELIHAT wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga… wassalam…………………. Lihat juga:-http://fazlisyam.com/aurat/ Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su')

JOM !! Kemenangan Yang MengHampiri Kita


Banyak perkembangan terakhir menunjukkan zionis sedang mempersiapkan kekuatan tenteranya untuk menyerang Gaza dalam masa terdekat, Matlamatnya, hapuskan kekuatan pejuang Palestin sebelum mereka diserang....

Pemeritah yahudi semakin bimbang dengan perubahan di Tunisia, Libya dan sekarang di Syria.

Semua perubahan ini melambangkan ketidakstabilan ruang udara negara haram israel.

Mereka sedang menilai jenis senjata dan kekuatan pejuang dengan mengadakan serangan

kecil-kecilan di Gaza. Tetapi sehingga sekarang mereka belum berpuas hati dengan kekuatan sebenar

Gaza. Pejuang tidak bertindak membalas serangan-serangan ini walaupun mengorbankan orang awam.

Banyak tanda tanya yang belum berjawab.

1) Apakah selepas ini tentera haram israel mampu mempertahankan Tel Aviv dan Baitulmaqdis ?

2) Mengapakah pemimpin Hamas begitu tenang sedangkan pemimpin-pemimpin Fatah dan negara

haram israel begitu celaru dan merosot popularitinya ?

3) Apakah amerika mampu mempertahankan negara haram ini jika pejuang dan saudara mereka

berpadu tenaga ?

4) Apakah pertempuran yang telah dan sedang berlaku di negara Arab seolah sedang mempercepatkan

dan mempermudahkan kejatuhan israel ?

Peristiwa persembunyian IDF, Gilad Shalit selama lebih dari empat tahun dalam peta kecil Gaza,

dan kegagalan perisikan tentera zionis yang "superb" sentiasa mendapat bantuan anjing dari amreka

dan barat, amat memalukan kebolehan tentera terbaik Timur Tengah ini.

Selepas pilihanraya Mesir pada Disember bulan depan, akan secara rasminya menamatkan rejim Mubarak

dan sekali gus akan merobah pola kekuatan rakyat Gaza. Israel akan kehilangan 80% kekuatan setelah

anjing mubarak tertiarap tanpa giginya.

Kemunculan Mahmud Abbas di Sidang PBB kelmarin untuk meminta dunia mengiktiraf Palestin sebagai

negara baru, tidak lain hanyalah mahu menonjolkan dirinya yg sedang kehilangan pengaruh dan kekuatan

dari rakyat Palestin. Populariti beliau menurun ke peringkat yang sangat rendah hatta dalam Fatah sendiri.

Populariti beliau di kalahkah oleh lawannya- Mustafa Baghrooti walaupun sekarang ini sedang merengkok

dalam penjara israel. Seperti Yaseer Arafat, Mahmud Abbas disokong kuat oleh rejim zionis israel untuk

mengecilkan kekuatan Hamas di Palestin. Beliaulah seekor lagi anjing yang sedang diberi makan oleh

rejim ini. Kekuatan israel semakin berkurang dengan mengecilnya populariti Presiden Mahmud Abbas yang

berugama Bahai.

Apa yang dapat dilihat dari keputusan Majlis Keamanan PBB dan sikap amreka, jelas menampar wajah-

wajah penipu dan penyokong amreka. Bersembunyi di sebalik laungan keamanan, demokrasi, anti teroris

dan berbagai bunga yang tak pernah wangi, kini wajah sebenar amreka dan barat yang membenci Islam,

jelas terserlah. Mereka tidak akan pernah membantu Islam dan umatnya !! (Al Baqarah ;120)

Jom kita tinggalkan mereka, dan kita pun tidak pernah mengharapkan pengorbanan mereka.

Di Palestin, pejuang-pejuang kebenaran kini lebih faham mereka hanya boleh mengharapkan bantuan dari

rakan dan saudara muslim mereka sahaja, selepas bantuan dari Allah !! Mereka juga tidak mahu membuka

penentangan baru dengan Fatah, walaupun sehingga sekarang pihak Berkuasa Palestin yang dikuasai oleh

Fatah di bawah Mahmud Abbas sentiasa menangkap dan memenjarakan pejuang Hamas di Tebing Barat.

Saudara !!

Kemenangan mendapatkan Al Aqsa sangat hampir...

Dan kita yakin kemenagan ini adalah pasti !!

Kerana inilah yang dijanjikan oleh RasulNya...

Perjuangan ini sudahpun bermula...

tanpa kita, atau dengan penglibatan kita

Kemenagan akan tetap dicapai.

Yuh kita siapakan diri, keluarga dan anak-anak,

generasi ini akan jadi generasi kejayaan ..

Ikhlaskan hati,

Padukan langkah

Sama membahu

Kejayaannya ?..... uhh

Bukankah itu janji Pencipta !!

Jom prepare !!...

03.15 17 Nov 2011


.: nukilan seorang muslimah :.


andai al-quran bisa berbicara..ia akn brkata..;wak2 kau msih anak2..kau bgaikn tman sejatiku..dgn wudhu kau sntuh aq..dlam keadaan suci kau pgang aq..kau bca dgan lirih dn kras..skrg kau tlah dewasa..nmpknya kau sdah x..brminat lg pdakuapakah aq bacaan usang??yg tnggal sejarah???skrg kau smpan aq dgan rapi...kau biarkan aq sendiri..aq mnjadi kusam dlam almari..brlapis..berdebu..dmakan kutu...ku mohon..pganglah aq lg..bacalah aq setiap hr..krana aq akan jd penerang dlam KUBURMU!!!!!!!insyaALLAH...

seindah hiasan adalah wanita solehah..

wanita solehah i2 aurat djaga..

pergaulan dpagari..

sifat malu pengikat diri..

seindah hiasan di dunia ini..

keayuan wanita solehah itu,..tdak terletak pd kecantikan wajahnya..

daya penarik wanita solehah i2..

bkan pda kemanisan bicaranya..yg mngoncang iman para muslimin..

dn bkan pla trletak pd kebijaksanaan bermain lidah..

memujuk rayu...

bkan n tdak sama skali..

kepetahan wanita solehah..

bkan pd brang kemas @barang lain..tp pd prjuanagn nya meningkatkan martabt agama..

nafsu mngatakan wanita cantik..

dgan paras rpa indah bak permata penyeri alam..

akal mngatakan wanita cantik atas kemajuan n kekebalannay dlam ilmu..serta pndangan dari segala aspek..

hati mngatakn kecantikan wanita hanya pd akhlaknya...

i2pun seandainya hati i2 bersih untk dinilai..

wahai wanita jgn dibangga dgan kecantikan luaran..

krana suatu hari nanti ia akn lapuk ditelan zaman..

ttp jgalah dn peliharalah kecantikan dalaman..agr diri kita bersih dan mendapat rahmat ILAHI..

wahai wanita jgan dibangga dgn ilmu duniawi yg kau kuasai..

krana ada mnusia yg lbih brilmu pngetahuan darimu..

wahai wanita jgn pula kau brduka dgan kekurangan drimu..

krana ada lg insan yg lbih mlg darimu..

wahai wanita solehah jgn dirisau akn jodohmu..

krana muslimin yg bijaksana i2 tidaki akn terpaut..pd wanita hnya pd kecantikan prasnya..

bersyukurlah ats apa yg ada..

serta berusaha dem keluarga,i bangsa dan agama

wanita solehah itu tdak mmndg n x dipndg..

wnita solehah itu x mngenali n x dikenali..

wnita solehah itu x mngur n x ditegur,,insyaALLAH...slam perjuangan buat shabatku smua ~

AKU SUDAH BERTUNANG



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." Ibu angguk perlahan. Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah. Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. "Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. "Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. "Bila enti menikah?" Aku tiada jawapan khusus. "Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. "Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... "Usah berlebihan ya..." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. "Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik. "Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi." Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja. ....................................... "innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya...." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..." Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. "Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu." ** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.** ~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~


To All Girls



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

You do not need a boy who's married to the streets ,
buT a man who's engaged to his Deen ,and married to his Salah
You do not need a boy who loves you for the make up- and clothes ,
buTa man who loves you for the sake of Allah and your Hijab
You do not need a boy who wants wife because he is tired of messing around with girls ,
buT a man who wants to complete his half Deen .
Do not be too hurry in love ,find someone who can guide you not only in Duniya ,buT in Akhirah .
Who can pick you up when you fall ,who can remind you when you forget,love you with all his might ,someone that will holds your hands through thick and thin and leads you to Jannah .*♥♥*~

Like Our Page Share with Friends

artikel by my fren ^_^