.::Apa yang dituntut keatas kita oleh Islam::.

Assalamualaikum .,hurm dah lama x update blog .dah berhabuk dibuatnya .huu
Alhamdulillah , kali ni nak kongsi sedikit apa yang ana dapat drpd sbuah kem yg dianjurkn oleh sek ana pada 3 bulan lepas iaitu kem Daurah Fikrah Islamiah(DFI) ..kuliah yang disampaikan oleh ustaz kami bertajuk ‘Apa yang dituntut keatas kita oleh Islam’

·         Tuntutan yang pertama : Akidah yang sejahtera
Bermaksud akidah/melakukan sesuatu amalan kpd Allah dgn bersungguh-sungguh dgn penuh khusyuk serta beristiqamah iaitu berterusan.

·         Tuntutan kedua : Tuntutan ibadah
Setiap pekerjaan yang dilakukan haruslah dgn niat Lillahita’ala(kerna Allah Ta’ala) ..Merujuk pandangan Imam Hassan al-Banna : ibadah merupakan kewajipan .

·         Tuntutan yang ketiga : Tuntutan akhlak
Sebagai contoh .,akhlak kita terhadap ibu bapa , ahli keluarga ,rakan-rakan serta masyarakat disekeliling kita .

·         Tuntutan keempat :-
1.   Tanggungjawab terhadap keluarga :
Memilih pasangan hidup yang soleh/solehah

2.   Tanggungjawab terhadap isteri : 
layanan yang baik terhadap pasangan masing2 dan mencari nafkah buat isteri dan anak2(bg suami).

3.   Tanggungjawab mendidik anak :
tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab suami dan isteri.

4.    Tanggungjawab keluarga :
Tanggungjawab anak2 terhadap ibu bapa iaitu menghormati mereka.

5.    Tanggungjawab melawan nafsu :
Nafsu manusia kadang2 melebihi malaikat iaitu para Nabi .,nafsu manusia juga boleh jadi lebih rendah dari binatang .,jadi tanggungjawab kita melawan nafsu adalah dengan menTARBIYAH nafsu kita ..apa pula TARBIYAH tu ?? Tarbiyah bermaksud ,satu proses didikan hati untuk mencapai Mardhotillah(redha Allah) .


dan yang terakhir ..

6.    Tanggungjawab kehidupan kita untuk Islam :
Sebagai contoh .,berkeluarga , belajar , bekerja dan sebagainya hanya untuk Islam kerana Allah Ta’ala .


Wallahua’lam ^_^

No comments:

Post a Comment